Tuesday, February 8, 2011

Monyet yang Masuk Jerat

MONYET YANG MASUK JERAT.

Monyet adalah seekor haiwan yang amat lincah melompat dari dahan ke dahan. Monyet bertambah galak apabila haiwan lain turut melihat aksinya.

“Biar semua haiwan tahu, akulah yang paling hebat dan tiada yang selincah aku di rimba ini!” kata monyet dengan angkuh.

Pada suatu hari, monyet melompat dari satu dahan ke dahan yang lain. Tiba-tiba dahan yang dipautnya patah. Monyet terjatuh ke dalam sungai.

Nasib monyet amat baik kerana seekor kura-kurabesar kebetulan lalu di situ. Monyet melompat ke atas belkang kura-kura.

Kura-kura berasa tiddak senang dengan tindakan moneyt itu. Kura-kura tahu monyet seekor haiwan yang angkuh dan suka menipu.

“Cepat turun dari belakangku!” marah kura-kura pada monyet. Namun, monyet masih berdegil untuk berada di atas belakang kura-kura.

“Janganlah begitu, kura-kura,” pujuk monyet pula. “Kalau kau menolong aku, aku akan tolong kau juga.”

“Siapa mahu percaya kata-kata kau?” “Semua haiwan tahu, kau suka menipu!”

“Aku bercakap benar, kura-kura,” pujuk monyet lagi.

Kura-kura mempercayai kata-kata monyet. Dalam keadaan genting, monyet pula tiada pilihan kecuali berpegang pada janjinya.

“Apa yang kau mahukan?” tanya kura-kura.

“Kau bawa aku ke tebing sungai,” kata monyet yang kesejukan. “Aku mahu pulang ke tempat aku.”

“Kalau aku menolong kamu, apa yang akan aku dapat sebagai balasan?” tanya kura-kura.

“Aku akan berikan kau hadiah kerana Berjaya menyelamatkan nyawa aku,” janji monyet.

“Apakah hadiahnya?” tanya kura-kura dengan tidak sabar.

“Apabila selamat sampai di tebing sungai, barulah aku beritahu engkau” dalih monyet.

Kura-kura pun berenang ke tebing sungai sambil monyet bertenggek di atas belakangnya. Kura-kura seakan tidak percaya monyet akan membalas budinya.

Setibanya di tebing sungai, monyet melompat ke tanah.

Kura-kura merangkak perlahan-lahan. Kura-kura pun bertanya, “Bagaimana dengan hadiah itu?”

“Sabarlah, kura-kura,” “kita baru saja sampai. Aku pergi ambil hadiah itu sekarang. Kau tunggulah di sini.”

Monyet pun beredar. Kura-kura menunggu dengan perasaan tidak sabar.

Selepas itu, monyet muncul semula dengan menggalas guni. Monyet pun membuka guni itu samil meminta kura-kura masuk ke dalamnya.

“Hadiah kau ada di dalam guni ini. Lihatlah sendiri.”

Tanpa berlengah, kura-kura pun merangkak masuk ke dalam guni itu. Keadaannya sangat gelap

“Masuklah seluruh tubuh kau ke dalam guni ini untuk melihat hadiah itu,” kata monyet.

Kura-kura pun terus masuk ke dalam guni itu.

Tiba-tiba, monyet terus menutup guni itu lalu mengikatnya dengan kuat. Kura-kura tersedar, dirinya telah ditipu. Hadiah yang dijanjikan hanya ketul-ketul batu yang dikutipnya di tepi jalan.

"Kau memang kura-kura yang bodoh!" kata monyet dengan nada angkuh. "Aku boleh menipu kau sekelip mata sahaja!"

Monyet memikul guni berisi kura-kura tadi ke pasar untuk dijual kepada peniaga. Sebagai balasan, ia akan mendapat setandan pisang.

"Di dalam guni ini ada seekor kura-kura yang masih hidup. Tuan boleh menjualnya dengan harga yang tinggi," kata monyet lalu beredar bersama setandan pisang.

Monyet berasa lapar. Monyet masuk ke sebuah rumah dan mencuri makanan yang ada di situ.

Nasib monyet amat malang. Tuan rumah itu berjaya menangkapnya. Dia adalah peniaga yang ditemuinya siang tadi.

"Kau telah menipu aku!!" marah peniaga itu. "Kura-kura yang kau jual telah mati. Tiada siapa mahu membelinya!"

Akibatnya, monyet telah dijadikan hamba oleh peniaga itu. Kerja monyet ialah memetik buah kelapa di kebun peniaga itu.

Sebenarnya kura-kura itu berpura-pura mati agar dilepaskan oleh peniaga itu. Kini, monyet pula menjadi mangsa helah.

No comments: