Monday, February 2, 2015

Set 1: Kesalahan Ejaan

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Gariskan kesalahan ejaan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Kontraktor binaan itu diberikan tugas untuk membina stesyen bas yang baharu demi keselesaan para penumpang.
________________________________________________________

2. Kemajuan sektor pelancungan di negara ini menjana pendapatan negara, di samping membuka banyak peluang pekerjaan.
________________________________________________________

3. Pelajar yang cemerlang dalam korikulum dan kokurikulum sahaja akan diberi peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.
________________________________________________________

4. .
________________________________________________________


Jawapan


Thursday, January 1, 2015

Set 1: Kesalahan Bahasa

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu mennyalin ayat itu semula.

1. Kemarau panjang yang melanda negara ini menyebabkan bekalan air bersih terpaksa dicatu di beberapa kawasan-kawasan terutamanya di bandar besar.
________________________________________________________

2. Kehidupan rakyat yang mengutamakan perpaduan menjadi teras pada keharmonian negara dan kesejahteraan rakyat.
________________________________________________________

3. Gejala membaca menjadikan seseorang itu kaya dengan ilmu pengetahuan dan disegani oleh kawan mahupun lawan.
________________________________________________________

4. Bungkusan itu tidak terangkat oleh saya kerana terlalu berat.
________________________________________________________



Jawapan



Tuesday, February 8, 2011

Monyet yang Masuk Jerat

MONYET YANG MASUK JERAT.

Monyet adalah seekor haiwan yang amat lincah melompat dari dahan ke dahan. Monyet bertambah galak apabila haiwan lain turut melihat aksinya.

“Biar semua haiwan tahu, akulah yang paling hebat dan tiada yang selincah aku di rimba ini!” kata monyet dengan angkuh.

Pada suatu hari, monyet melompat dari satu dahan ke dahan yang lain. Tiba-tiba dahan yang dipautnya patah. Monyet terjatuh ke dalam sungai.

Nasib monyet amat baik kerana seekor kura-kurabesar kebetulan lalu di situ. Monyet melompat ke atas belkang kura-kura.

Kura-kura berasa tiddak senang dengan tindakan moneyt itu. Kura-kura tahu monyet seekor haiwan yang angkuh dan suka menipu.

“Cepat turun dari belakangku!” marah kura-kura pada monyet. Namun, monyet masih berdegil untuk berada di atas belakang kura-kura.

“Janganlah begitu, kura-kura,” pujuk monyet pula. “Kalau kau menolong aku, aku akan tolong kau juga.”

“Siapa mahu percaya kata-kata kau?” “Semua haiwan tahu, kau suka menipu!”

“Aku bercakap benar, kura-kura,” pujuk monyet lagi.

Kura-kura mempercayai kata-kata monyet. Dalam keadaan genting, monyet pula tiada pilihan kecuali berpegang pada janjinya.

“Apa yang kau mahukan?” tanya kura-kura.

“Kau bawa aku ke tebing sungai,” kata monyet yang kesejukan. “Aku mahu pulang ke tempat aku.”

“Kalau aku menolong kamu, apa yang akan aku dapat sebagai balasan?” tanya kura-kura.

“Aku akan berikan kau hadiah kerana Berjaya menyelamatkan nyawa aku,” janji monyet.

“Apakah hadiahnya?” tanya kura-kura dengan tidak sabar.

“Apabila selamat sampai di tebing sungai, barulah aku beritahu engkau” dalih monyet.

Kura-kura pun berenang ke tebing sungai sambil monyet bertenggek di atas belakangnya. Kura-kura seakan tidak percaya monyet akan membalas budinya.

Setibanya di tebing sungai, monyet melompat ke tanah.

Kura-kura merangkak perlahan-lahan. Kura-kura pun bertanya, “Bagaimana dengan hadiah itu?”

“Sabarlah, kura-kura,” “kita baru saja sampai. Aku pergi ambil hadiah itu sekarang. Kau tunggulah di sini.”

Monyet pun beredar. Kura-kura menunggu dengan perasaan tidak sabar.

Selepas itu, monyet muncul semula dengan menggalas guni. Monyet pun membuka guni itu samil meminta kura-kura masuk ke dalamnya.

“Hadiah kau ada di dalam guni ini. Lihatlah sendiri.”

Tanpa berlengah, kura-kura pun merangkak masuk ke dalam guni itu. Keadaannya sangat gelap

“Masuklah seluruh tubuh kau ke dalam guni ini untuk melihat hadiah itu,” kata monyet.

Kura-kura pun terus masuk ke dalam guni itu.

Tiba-tiba, monyet terus menutup guni itu lalu mengikatnya dengan kuat. Kura-kura tersedar, dirinya telah ditipu. Hadiah yang dijanjikan hanya ketul-ketul batu yang dikutipnya di tepi jalan.

"Kau memang kura-kura yang bodoh!" kata monyet dengan nada angkuh. "Aku boleh menipu kau sekelip mata sahaja!"

Monyet memikul guni berisi kura-kura tadi ke pasar untuk dijual kepada peniaga. Sebagai balasan, ia akan mendapat setandan pisang.

"Di dalam guni ini ada seekor kura-kura yang masih hidup. Tuan boleh menjualnya dengan harga yang tinggi," kata monyet lalu beredar bersama setandan pisang.

Monyet berasa lapar. Monyet masuk ke sebuah rumah dan mencuri makanan yang ada di situ.

Nasib monyet amat malang. Tuan rumah itu berjaya menangkapnya. Dia adalah peniaga yang ditemuinya siang tadi.

"Kau telah menipu aku!!" marah peniaga itu. "Kura-kura yang kau jual telah mati. Tiada siapa mahu membelinya!"

Akibatnya, monyet telah dijadikan hamba oleh peniaga itu. Kerja monyet ialah memetik buah kelapa di kebun peniaga itu.

Sebenarnya kura-kura itu berpura-pura mati agar dilepaskan oleh peniaga itu. Kini, monyet pula menjadi mangsa helah.

Monday, January 3, 2011

Kisah Monyet dengan Angin

tersebutlah kisah, ada seekor monyet yang berpaut di sebuah pokok. tanpa disedarinya, ada tiga jenis angin yang sedang melihat monyet tersebut iaitu angin ribut, angin taufan dan angin tornedo. mereka masing2 sedang mencabar sesama sendiri siapa yang boleh menjatuhkan monyet comel tersebut.

mulalah si angin ribut mulakan tiupannya. Pheww.... Pheww...Pheww, si angin ribut meniup. melihatkan ada angin, sang monyet kuat berpaut di dahan pokok. sehinggalah si angin ribut putus asa lalu kembali pada si angin taufan dan tornedo. mereka ketawa kerana melihat si angin ribut pulang dengan hampa.

kemudian, bermulalah pula cubaan si angin taufan. dengan kuatnya, angin taufan meniup sehingga berpusing2. sang monyet semakin kuat berpaut pada dahan pokok bagi mengelakkan ia jatuh. setelah beberapa ketika, si angin taufan kembali juga dalam keadaan yang hampa. apa lagi, si tornedo ketawa terbahak2.

akhirnya, si tornedo dengan bangganya menggunakan kuasa tornedonya yang hebat dan sangat kuat itu dengan harapan monyet itu akan jatuh tersembam di tanah. semakin kuat angin tornedo, semakin kuat dan erat sang monyet berpegang pada dahan pokok tersebut. si tornedo pulang dalam keadaan yang sangat hampa dan kecewa.

tiba2 datang la si angin sepoi2 bahasa untuk mencuba nasib. abang2nya ketawa terbahak2 melihatkan keinginan adik mereka yang ingin menjatuhkan sang monyet. si angin sepoi2 bahasa pun mula meniup dengan lemah longlai. sang monyet berasa sangat selesa dengan angin sepoi2 bahasa lalu tertidur dan akhirnya terlepaslah pegangan sang monyet pada dahan pokok dan jatuhlah sang monyet itu ke tanah. sekian...

Sunday, January 2, 2011

Monyet dengan Kura-kura

Satu pertandingan menjawab teka-teki telah diadakan antara sang monyet dan kura-kura. Al-kisahnya, mereka sebenarnya nak beradu kekuatan, tetapi tidak mahu menggunakan cara cerita zaman kanak-kanak dulu yang mana arnab berlumba lari dengan kura-kura...

Mengikut mereka, zaman IT ni lebih baik meraka menggunakan kepintaran akal dalam menjawab teka-teki. Teka-teki dimulakan dengan monyet (yang agak angkuh) bertanya soalan kepada kura-kura...

Monyet : Apakah yang sama macam lembu, muka macam lembu, ekor macam lembu, tanduk macam lembu... tetapi bukan lembu...

Kura-kura : Nanti aku fikir sekejap..

Monyet : Jangan lama-lama sangat. Ini tak main talian hayat tau! (Monyet merasakan bahawa kura-kura pasti tidak boleh menjawab soalannya.)

Kura-kura : Aku rasa jawapannya ialah.... GAMBAR LEMBU... Betul tak nyet??

Monyet : Betul!!

Kura-kura : Soalan tu, budak pra sekolah pun boleh jawab.

Monyet : Ye lah tu.... Soalan kau pulak macamana?? Aku tak sabar nak jawab ni..

Kura-kura : Buah apa yang sering menimbulkan pertanyaan??

Monyet : Ada berapa talian hayat?

Kura-kura : Aku bagi kau teka sampai 3 kali.

Monyet : Durian..

Kura-kura : Salah..

Monyet : Rambutan

Kura-kura : Salah jugak

Monyet : Buah tangan

Kura-kura : Pun salah

Monyet : Kalau semua salah.... apa jawapannya?

Kura-kura : Buah epal

Monyet : Kenapa buah epal??

Kura-kura : Tu.. kau dah buat pertanyaan..... Ini bermakna buah epallah jawapannya. Ini bermakna aku menang!!!

Kura-kura meninggalkan monyet yang masih termanggu-manggu memikirkan jawapan yang diberi oleh kura-kura tadi sambil berkata "Dah la tue monyet ko dah kalah dari ko susah-susah nak pikir jawapannye tu lebih baik ko pergi buat kerja, layan blog nie sehari semalam pon tak boleh abis... dah nyet gi buat kerja yer nyet !!"

Saturday, January 1, 2011

Sang Kancil dengan Monyet

Pada suatu pagi, Sang Kancil pergi mencari makanan. Sang kancil ternampak sebatang pokok jambu. Sang Kancil terliur hendak makan buah jambu. Di atas pokok jambu itu, tinggal seekor monyet. Sang Kancil lalu meminta pada Sang monyet, "Wahai Sang Monyet, berikanlah aku sebiji jambu!"

Tetapi Sang Monyet enggan memberikan buah jambu kepada Sang Kancil. "Kalau engkau mahu makan, engkau panjatlah sendiri," Sang Monyet berkata dengan sombong. Sang Kancil mendapat suatu akal. Sang Kancil membaling monyet itu dengan sebatang kayu kecil.

Apalagi! Marahlah Sang Monyet. Sang Monyet memetik beberapa biji jambu. Sang Monyet segera membaling jambu itu ke arah Sang Kancil. Namun, Sang Kancil pandai mengelak. "Ha! Ha! Ha!" Sang Kancil ketawa. Sang Kancil sangat gembira.

"Engkau kena tipu," kata Sang Kancil kepada Sang Monyet. Sang Monyet terdiam apabila mendengar Sang Kancil berkata begitu."Sekarang aku dapat makan buah jambu," ujar Sang Kancil. Sang Kancil segera makan buah jambu itu. "Pandai sungguh Sang Kancil memperdayakan aku," kata Sang Monyet di dalam hatinya. Sang Monyet berasa malu.

http://ceritarakyatmalaysia.blogspot.com/2008/07/sang-kancil-dengan-monyet.html

Wednesday, June 24, 2009

hilang

segala isi perut blog ini terpaksa dikeluarkan untuk sementara waktu ...

harap maaf